Syarat Penyertaan Bagi Usahawan / Peniaga
- Terbuka kepada semua Usahawan / Peniaga dan Penjaja yang telah menjadi anggota koperasi Kojamek.
- Menyediakan produk / makanan yang bersih, segar dan berkualiti.
- Mampu menyediakan tempahan dan pengurusan penghantaran dengan baik kepada pelanggan.
- Wajib meletak harga.
- Semua produk / makanan mesti dihantar dalam jangkamasa 3-5 hari kepada pembeli.
Peranan Pembeli
- Membeli melalui Kojamek Mall yang disediakan.
- Pembelian dibuat satu hari sebelum penghantaran dalam tempoh 3 – 5 hari.
- Semua penghantaran akan ditujukan ke alamat yang telah anda nyatakan dalam pesanan.
- Caj delivery hendaklah dibayar secara flate rate RM8.00 meliputi Negara Malaysia sahaja. Untuk Perkhidmatan bank gateaway Toyyibpay mengenakan RM1.00 dan ditanggung oleh pembeli.
- Bagi produk / makanan bayaran mesti dibuat melalui perbankan atas talian yang disediakan dalam Kojamek Mall Online.
Lain-lain
- Imej produk adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada produk sebenar. Aduan terhadap imej produk dan perbezaan warna tidak akan dilayan.
- Tiada bayaran balik atau pemulangan item yang dilakukan untuk pembelian atas talian. Semua jualan adalah muktamad.
- Kami menghargai pelanggan serta privasi mereka. Semua maklumat peribadi yang digunakan adalah untuk memastikan kelancaran proses pesanan anda. Maklumat ini juga digunakan oleh kakitangan kami untuk menghubungi dan mengenal pasti pelanggan serta keperluan mereka.
Bila Usahawan / Peniaga Dapat Duit Jualan ?
• Wang jualan akan di transfer oleh Penyedia Bank Gateaway toyyibPay ke Akauan bank Koperasi Kojamek terlebih dahulu.
• Tindakan akan diambil selepas 5 hari berkerja dan seterusnya akan di transfer wang jualan setelah di tolak 10% untuk perkhidmatan pengendalian Koperasi Kojamek Mall.
• Pemakluman juga akan diberi melalui WhatsApp.
• Usahawan / Peniaga dikehendaki whatsapp nama bank dan nombor akaun kepada admin untuk mengemaskini maklumat dalam sistem bagi membolehkan duit jualan dapat ditransfer.
Kami boleh mengubah terma dan syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis kepada anda.