Penerangan Produk
Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus Rosa Sabdariffa L. merupakan tumbuhan herba yang mempunyai pelbagai khasiat dalam sejarah perubatan dan juga kecantikan. Roselle merupakan tumbuhan bermusim dan boleh membesar dan mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. Yang paling best, Roselle ni mudah membiak dari biji benih dan memerlukan cahaya serta saliran yang baik.
Roselle, merupakan satu tumbuhan herba semulajadi. Khasiat jus roselle ini mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, dianggar pada 280mg pada setiap 100gm kaliks Roselle yang telah dikeringkan. Ini menunjukkan kelebihan vitamin C yang ada pada Roselle berbanding dengan buah kismis hitam. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg Kalsium, jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3. Ia juga mengandungi anthocyanine (antioksidan).


Reviews
There are no reviews yet.